logo
  • Halaman Utama
  • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan Koperasi
    • Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
    • Lembaga Pengelola Sekolah
    • Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sekolah
    • Carta Organisasi
    • Koperasi Pendidikan Sayidatina Aisyah (KOPSAB)
    • Pengurusan
  • Produk dan Perkhidmatan
    • Kelas Talaqqi (dewasa lelaki)
    • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
    • Dewan Terbuka Sekolah
    • KOPSAB Online Trading (KOT)
    • ABM PDPR (ALAT BANTU MENGAJAR)
  • Maklumat dan Aktiviti
  • Hubungi Kami
    • Direktori Korporat
    • Maklumat Sekolah
  • Alumni
logo

Badan Kebajikan Anak-anak TASKI / KAFA (BAKA) 

BAKA yang diilhamkan oleh pimpinan ABIM Pusat di bawah Biro Pendidikan Yang Berbahagia Dr. Abdul Rahman Qurish merupakan sebuah entiti yang diiktiraf oleh ABIM untuk membantu pihak sekolah ABIM menjalankan aktiviti ko-kurikulum di mana tempat sekolah itu beroperasi. Ia sama seperti peranan yang dijalankan oleh PIBG di sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Pelajaran.

Sekolah ini, sejak penubuhannya telah turut serta mewujudkan BAKA di Taski Saiyidatina Aishah sejak tahun 1989 yang mana Pengerusi pertamanya ialah Cikgu Bujang bin Lateh. Selain beliau, turut pernah memimpin BAKA termasuklah En. Asmuni (Pengurus Malayan Banking

 

ROMBONGAN SEKOLAH PALING RAMAI DAN SANGAT CERIA DI BUKIT GAMBANG

Rombongan Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah ke Majlis Ihtifal Kafa Kebangsaan merupakan rombongan paling ramai mewakil sekolah peserta daripada seluruh negara. Rombongan yang diketuai oleh Haji Mohd Amin Shaarani dan Cikgu Hamdan Hasan yang merupakan Pengerusi BAKA (PIBG sekolah) disertai oleh 17 guru dan murid. Rombongan sekolah menginap di Homestay Taman Mutiara, yang terletak bersebelahan Bukti Gambang Resort City.

Lebih menceriakan rombongan ialah kehadiran Pengerusi baru Lembaga Pengelola Sekolah iaitu Dato’ Hj. Khairulanuar bin Mahmood pada malam gemilang Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Ihtifal tersebut. Ini memperkukuhkan semangat guru-guru dan murid untuk lebih tekun berusaha pada tahun-tahun mendatang. Terima kasih Dato Pengerusi.

 

Sekolah “Berhijrah” Ke Alam Maya

Assalamuaalaikum wr.th. (dalam tulisan jawi) dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1436.

Pertama sekali, saya dengan rendah hati memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt. kerana memberi kesempatan dan keizinan kepada seluruh warga pimpinan dan pengurusan sekolah, melebarkan lagi jaringan perhubungan dan penataran maklumat sekolah ini kepada masyarakat setempat dan seantero dunia. Lebih-lebih lagi, ia dimulai serentak dengan kaki kita melangkah ke tahun baru. Kaki kanan – Tahun Baru Hijrah; kaki kiri ke Tahun Baru Miladiah.

Pelancaran laman portal sekolah pada 29 Muharam 1436H bersamaan 22 November 2014, menitikkan satu lagi peristiwa penting, usaha dakwah sekolah ini ke persada umat manusia. Usaha ini amat kecil berbanding usaha yang telah dilakar oleh baginda RasululLah saw. Namun, sebagai sebuah organisasi kecil tanpa bangunan milik sendiri, tanpa prasarana fizikal, sosial dan ekonomi sekukuh organisasi lain, usaha ini amat besar dan amat penting dalam gerakerja dakwah institusi ini.

Saya amat bersyukur, sepanjang penubuhan institusi ini sejak tahun 1987, saya sentiasa mendapat sokongan dan dokongan masyarakat setempat, khususnya Jawatankuasa Pengelola, guru-guru yang penuh dedikasi, pimpinan tempatan yang prihatin; yang membolehkan institusi ini berkembang daripada 4 orang murid TASKI pada tahun 1987, telah berkembang sehingga hampir 500 pelajar (murid pengajian al-Quran) pada tahun semasa.

Hasrat saya, dengan adanya kemudahan jaringan penyebaran maklumat terkini yang sentiasa berada di hujung jari setiap pelanggan, pihak saya akan sentiasa memperoleh “sumbangan” maklumat yang bernilai daripada setiap pelayar maya di seluruh dunia, khususnya daripada ibubapa sekolah ini. Saya sedar bahawa kami tidak sempurna. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan, sokongan zahir dan batin, perkongsian ilmu dan amal (praktis) yang boleh mendorong kita semakin dekat dengan Allah swt.

Semoga Allah swt. memberkati apa-apa juga usaha setiap gerak yang kita lakukan bagi menjaya kefahaman terhadap agama ini (Islam). InsyaAllah.

WabilLahi taufiq, wassalamu a’alaikum warahmatulLahi wabarakatuh.

Daripada : Haji Mohd. Amin Shaarani (Pengerusi Eksekutif)

Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah.

 

 

-Amilin Wartawan Pelatih, MYSTEP21-

Leave A Comment Cancel reply

Pautan

  • Sistem Pendaftaran Pelajar
  • Blog

Hubungi KOPSAB

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di :

Facebook

Dikendalikan Oleh

Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad (C-4-0948)
Copyright © 2023 Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah

WhatsApp us