KOPERASI PUSAT PENDIDIKAN SAYYIDATINA AISHAH BENTONG BERHAD
السلام عليكم ورحمة لله وبركاته
Syukur al-hamdulilLah, saya rafakkan ke hadrat Allah swt yang telah mengizinkan kita bermuhasabah sekali lagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ahli Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad (KOPSAB) iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) buat ke 5, pada hari ini 28hb Disember 2020 bersamaan 13 Jamadil Awal 1442 hijrah.
Sebagai pengerusi kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), saya ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli lembaga koperasi yang membantu saya melaksanakan amanah yang diberi oleh semua ahli KOPSAB sepanjang tahun 2019 hingga 2020. Tiga daripada ahli lembaga juga adalah juga pegawai eksekutif koperasi yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan oleh pihak lembaga.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pengurus agensi di bawah keperasi, khususnya Guru Besar (perkhdimatan KAFA), Pengurus TASKA dan Penolong Pengurus Koperasi yang telah memberi komitmen kerjasama yang sangat cemerlang. Walaupun tugas itu berat, dengan imbuhan yang tidak setinggi mana, namun prestasi tuan-puan cukup cemerlang. Jika tidak masakan kita dapat melalui tempoh Pendemik Covid 19 yang penuh mencabar itu, tetapi mampu memberikan pulangan keuntungn kepada ahli. Semoga Allah memberi semua yang terlibat mengurus koperasi ini dan sokongan tidak berbelah bagi ahli-ahli diperkira sebagai amal soleh. Sesuai dengan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Kepada Allah saya serahkan segala khidmat, keringat, air mata dan penat lelah tuan/puan diberi balasan dan ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti.
Sekian.
( HJ MOHD AMIN BIN HJ SHAARANI )
Pengerusi
Ahli Lembaga Koperasi
Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad