logo
  • Halaman Utama
  • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan Koperasi
    • Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
    • Lembaga Pengelola Sekolah
    • Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sekolah
    • Carta Organisasi
    • Koperasi Pendidikan Sayidatina Aisyah (KOPSAB)
    • Pengurusan
  • Produk dan Perkhidmatan
    • Kelas Talaqqi (dewasa lelaki)
    • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
    • Dewan Terbuka Sekolah
    • KOPSAB Online Trading (KOT)
    • ABM PDPR (ALAT BANTU MENGAJAR)
  • Maklumat dan Aktiviti
  • Hubungi Kami
    • Direktori Korporat
    • Maklumat Sekolah
  • Alumni
logo

KOPERASI PUSAT PENDIDIKAN SAYYIDATINA AISHAH DILANCAR

Pada 19 Februari 2015 hari Khamis –sempena Cuti Tahun Baru Cina sekolah telah melancarkan Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah  yang disempurnakan oleh Encik Anuar bin Hasan, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Daerah Bentong.

Dalam ucapannya, Encik Anuar Hasan telah mengimbau kisah beliau yang lebih 30 tahun bertugas dalam bidang koperasi ini. Pada hemat beliau, salah satu cara untuk memperkasa ekonomi orang-orang kita ialah melalui kegiatan ekonomi menerusi koperasi. Ini kerana menerusi koperasi banyak sumber yang tidak dimanfaatkan oleh induvidu tertentu dapat digembleng dalam kumpulan koperasi. Sebagai contoh, orang yang pandai mengendalikan perancangan ekonomi diberi amanah untuk menyatukan sumber yang ada dalam kumpulan bagi meraih kekayaan ekonomi yang terbentang luas di negara kita. Beliau memberi contoh, bagaimana koperasi yang dianggotai oleh kalangan masyarakat orang asli di Kampung Parih, Karak berupaya menjalankan perniagaan homestay dan ternakan kambing dengan jayanya.

Pada majlis tersebut juga beliau memuji langkah sekolah ini mewujudkan koperasi. Tidak banyak sekolah berstatus sekolah agama rakyat mewujudkan koperasi. Sedangkan bidang koperasi yang dikawalselia oleh SKM telah menyediakan banyak ruang dan peluang untuk koperasi bergerak maju memperkasa ekonomi ahli-ahli koperasi. Antaranya, kursus pelbagai bidang kerjaya dan aktiviti ekonomi diberi percuma kepada semua ahli koperasi, sama ada melalui Maktab Kerjasama ataupun melalui ANGKASA. Pinjaman mudah turut disediakan kepada koperasi yang membuktikan mereka mampu menjayakan satu-satu projek pembangunan.

Pada majlis yang sama Pengerusi koperasi, Tuan Haji Mohd. Amin Shaarani melahirkan rasa keyakinannya untuk memajukan koperasi ini memandangkan sembutan dan kerjasama yang penuh daripada semua guru. Walaupun, cadangan awal untuk melibatkan bekas murid sekolah ini menjadi ahli koperasi “ditangguhkan” oleh pihak SKM, dengan sokongan 52 orang yang hadir pada mesyuarat penubuhan dulu sudah cukup memberi kekuatan untuk menggerakkan koperasi ini.

 

PENDAFTARAN MURID SESI 2015 BERTAMBAH 3 %

Pendaftaran murid sekolah pada sesi pengajian 2015 telah menyaksikan peningkatan sebanya 3 % kemasukan murid, menjadikan jumlah murid Pusat Pengajian al-Quran Saiyidatian Aishah pada tahun ini berjumlah seramai 500 orang yang terdiri daripada 264 laki-laki dan selebihnya murid perempuan.

Menurut Pn. Hjh. Zubaidah Awang, Guru Besar sekolah, keputusan UPKK sekolah juga amat memberangsangkan. Sekolah ini menduduki rangking ke2 bagi daerah Bentong selepas murid-murid SISIP di Sekolah Menengah Seri Bentong di mana 16 calon mendapat 8A daripada 54 calon keseluruhan tanpa seorang murid pun yang gagal.

 

-Amilin Wartawan Pelatih, MYSTEP21-

Leave A Comment Cancel reply

Pautan

  • Sistem Pendaftaran Pelajar
  • Blog

Hubungi KOPSAB

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di :

Facebook

Dikendalikan Oleh

Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad (C-4-0948)
Copyright © 2023 Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah

WhatsApp us