logo
  • Halaman Utama
  • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan Koperasi
    • Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
    • Lembaga Pengelola Sekolah
    • Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sekolah
    • Carta Organisasi
    • Koperasi Pendidikan Sayidatina Aisyah (KOPSAB)
    • Pengurusan
  • Produk dan Perkhidmatan
    • Kelas Talaqqi (dewasa lelaki)
    • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
    • Dewan Terbuka Sekolah
    • KOPSAB Online Trading (KOT)
    • ABM PDPR (ALAT BANTU MENGAJAR)
  • Maklumat dan Aktiviti
  • Hubungi Kami
    • Direktori Korporat
    • Maklumat Sekolah
  • Alumni
logo

Kuantan, Pahang 14 – 16 NOVEMBER 2014

Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 3, di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Pada kali ini juga Pahang bertuah menjadi tuan rumah bagi acara yang hebat ini. Ia berlangsung selama 4 hari bermula pada 14 – 16 November 2014 di Bukit Gambang Resort City dan selama itu juga peserta dari seluruh tanahair telah berkampung di sana untuk berentap mempamerkan kebolehan masing-masing.

Acara yang dipertandingkan pada kali ini adalah acara Nasyid Lelaki dan Perempuan, Tilawah Lelaki dan Perempuan, Syarahan Bahasa Melayu Lelaki dan Perempuan, Kesenian Khat Terbuka serta Tulisan Jawi Terbuka. Kontinjen Pahang juga diwakili oleh peserta dari SAR KAFA Saidatina Aishah sendiri dalam acara Tilawah Lelaki iaitu Adik Muhammad Hadi Hakim b. Hassan dan Tilawah Perempuan oleh Adik Rabiatul Adawiyah bt. Rosdi. Kedua-dua mereka dari SAR KAFA Saidatina Aishah Taman Muhibbah, Bentong, Pahang. Mereka diiringi oleh jurulatih mereka sendiri iaitu Ustazah Suriani bt. Abdul Aziz yang juga merupakan guru harian mereka di SAR KAFA Saidatina Aishah, Taman Muhibbah.

Sebagai tanda sokongan padu kepada Kontinjen Pahang amnya dan peserta tilawah tersebut khususnya, seramai 7 orang guru lagi yang bergerak ke Kuantan pada hari Sabtu 15 Nov 2014 termasuk Guru Besar SAR KAFA Saidatina Aishah sendiri, Ustazah Zubaidah Hj. Awang, Ustazah Nora, Ustazah. Mastura Musa, Ustazah Faridah, Ustazah Rahani, Ustazah Hasima dan Ustazah Nur Hanis Shamsudin. Tidak ketinggalan juga rakan pelajar seramai 3 orang turut serta memberi sokongan. Mereka adalah Qurratul A’ini bt. Al Amin Mahmud Khalil, Tengku Nurshazwani bt. Tengku Badrillah dan Norzaimah Adibah bt. Mohd Azhar. Antara lain yang terlibat adalah orang-orang kuat SAR KAFA Saidatina Aishah sendiri iaitu Pengerusi BAKA (PIBG), Cikgu Hamdan b. Hassan dan keluarga, Mantan Pengerusi SAR KAFA Saidatina Aishah, Cikgu Amin Shaharani dan isteri iaitu Ustazah Mastura Musa serta Yang Berbahagia Dato’ Hj. Khairul selaku Pengerusi SAR KAFA Saidatina Aishah yang terkini. Rombongan ini melibatkan 4 buah kenderaan yang mana kosnya ditanggung olah SAR KAFA Saidatina Aishah sendiri, dan juga kos makanan sebagai tanda sokongan kepada peserta. Manakala bagi kos penginapan, BAKA (PIBG) berbesar hati untuk menampungnya.

Justeru, persembahan yang kami dapat ikuti begitu mantap dan mempersonakan. Tidak menyangka anak-anak didik dari program KAFA ini begitu berbakat dan berdaya saing. Acara-acara ini telah menampilkan bakat-bakat cilik yang cukup hebat sehingga memukau hadirin yang ada terutamanya bagi acara nasyid. Malah lebih membanggakan acara Nasyid Lelaki telah diungguli oleh Pasukan Nasyid dari negeri Pahang sendiri. Banyak pengalaman dan idea-idea segar yang dapat dicedok dari majlis ini.  Ia sangat berguna untuk pertandingan Ihtifal yang akan datang. Selain itu, peserta Tilawah Quran Perempuan telah berjaya mendapat tempat kedua manakala peserta Tilawah Lelaki tidak begitu bernasib baik. Johan keseluruhan dimiliki oleh negeri Melaka Darul Takzim. Sekalung tahniah buat mereka.

Lokasi dan kemudahan sepanjang program berlangsung amat memuaskan. Lokasinya yang cantik, dan berprestij memberikan keselesaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hal ini juga sebenarnya memberi gambaran dan kenangan yang manis dan baik. Kemudahan yang disediakan mencukupi dan selesa. Sekalung tahniah kepada Negeri Pahang Darul Makmur atas penganjuran yang hebat ini.

Namun begitu, pada acara penutup Majlis Ihtifal KAFA kali ini adalah lebih baik jika diadakan secara lebih terbuka agar lebih ramai orang awam dapat turut serta mendapat manfaat dari acara Ihtifal ini. Ia juga secara tidak langsung KAFA ini dapat mendekati masyarakat dengan lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada wakil-wakil kontijen dan pihak- pihak terlibat sahaja.

Akhir sekali, secara keseluruhannya Majlis Ihtifal kali ini boleh dibanggakan.ia berlangsung dengan meriah dan jayanya. Semoga semua yang terlibat pada Majlis Ihtifal kali ini membawa pulang kenangan yang manis dan indah.

 

 

Jadual perjalanan 15 Nov 2014:

6.30 pagi              :               Bertolak dari Bentong (berkumpul diperkarangan Masjid Bentong)

8.30 pagi              :               Tiba di Pekan Gambang. Berhenti rehat dan sarapan.

9.12 pagi              :               Tiba di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. (terus ke dewan di mana acara berlangsung)                                          (Tilawah lelaki, Tilawah Perepuan, Syarahan B. Melayu, Nasyid Perempuan dan Nasyid Lelaki)

12.30 tgh hari     :               Jamuan Makan tgh hari

1.30 tgh hari       :               Sesi bergambar

2.00 ptg                :               Bergerak ke Homestay di Tmn. Gambang Damai (Rehat, Makan dan Solat)

7.30 ptg                :               Bertolak ke Bukit Gambang Resort City (Acara penutup)

8.30 mlm              :               Acara Bermula

-Ucapan Aluan

-Jamuan makan malam

-Persembahan Nasyid Kumpulan Far East

-Pengumuman Keputusan Pertandingan Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3.

11.30 mlm           :               Tamat (bergerak balik ke penginapan)

 

Jadual perjalanan 16 Nov 2014:

8.30 pagi              :               Sarapan

10.00 pagi            :               Kembali ke Homestay (sedikit perbincangan tentang perjalanan dan acara Intifal KAFA)

12.00 tgh hari     :               Daftar keluar dan bergerak ke Bandar Kuantan untuk membeli sedikit buah tangan.

1.30 tgh hari       :               Bertolak pulang.

 

Ringkasan Peserta dan guru terlibat:

-Peserta Tilawah Al-Quran Lelaki:

Muhammad Hadi Hakim b. Hassan, Tahun 4 (KAFA Tmn. Muhibbah)

 

-Peserta Tilawah Al-Quran Perempuan:

Robiatul Adawiyah bt. Rosdi, Tahun 6 (KAFA Tmn. Muhibbah)

*Tempat Kedua

 

-Guru Pengiring :

Ustazah Suriani bt. Abdul Aziz (KAFA Tmn. Muhibbah)

 

-Guru Pengiring:

Ustazah Zubaidah Hj. Awang (Guru Besar)

Ustazah Mastura Musa

Ustazah Nora

Ustazah Faridah

Ustazah Rahani

Ustazah Hasima

Ustazah Nur Hanis Shamsudin

 

-Turut Serta:

Dato Hj. Khairul (Pengerusi SAR KAFA Saidatina Aishah).

Cikgu Hamdan (Pengerusi BAKA(PIBG)) & Keluarga.

Cikgu Amin Shaharani (Mantan Pengerusi SAR KAFA Saidatina Aishah) & Isteri

 

-Murid terlibat:

Qurratul A’ini bt. Al Amin Mahmud Khalil

Tengku Shazwani bt. Tengku Badrillah

Norzaimah Adibah bt. Mohd Azhar

 

 

-Amilin Wartawan Pelatih, MYSTEP21-

Leave A Comment Cancel reply

Pautan

  • Sistem Pendaftaran Pelajar
  • Blog

Hubungi KOPSAB

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di :

Facebook

Dikendalikan Oleh

Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad (C-4-0948)
Copyright © 2023 Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah

WhatsApp us