logo
  • Halaman Utama
  • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan Koperasi
    • Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
    • Lembaga Pengelola Sekolah
    • Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sekolah
    • Carta Organisasi
    • Koperasi Pendidikan Sayidatina Aisyah (KOPSAB)
    • Pengurusan
  • Produk dan Perkhidmatan
    • Kelas Talaqqi (dewasa lelaki)
    • Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)
    • Dewan Terbuka Sekolah
    • KOPSAB Online Trading (KOT)
    • ABM PDPR (ALAT BANTU MENGAJAR)
  • Maklumat dan Aktiviti
  • Hubungi Kami
    • Direktori Korporat
    • Maklumat Sekolah
  • Alumni
logo

Pengenalan:

Sudah menjadi amalan semua organisasi berasaskan perniagaan, akan menyediakan suatu perancangan Budget atau belanjauan tahun untuk kegunaan tahun yang akan mendatang. KOPSAB juga tidak terlepas daripada mengemukakan perancangan kewangan tahunan setiap hujung tahun. Cuma, untuk tahun ini saya mulakan dengan peneropongan untuk jangka lebih panjang iaitu 3 tahun akan datang yakni sehingga tahun 2023.

Saya mengunjurkan prestasi koperasi kita akan menurun mulai tahun hadapan, walaupun turnover perniagaan koperasi kita meningkat. Unjuran ini lebih munasabah bersandarkan bahawa seluruh dunia, termasuk negara kita, akan mengalami berkembang ke arah penguncupan (atau negatif). Namun, begitu saya berharap dengan langkah-langkah konkrit yang akan diambil tekanan penguncupan itu dapat diserap dan kita masih boleh (insyaAllah) mengembang positif, tetapi keuntungan kita akan merosot dengan amat ketara. Iaitu, daripada RM39,273.95 (2020) kepada RM2,721.05 (2021) sahaja. Oleh itu, saya menunjurkan koperasi kita paling tinggi boleh memberi pulangan dividen sebanyak * % sahaja. Tetapi, insyaAllah kita tidak akan rugi.

 

Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan tradisi kita ialah semua jenis Yuran Pendaftaran dan Yuran Bulanan / Pengajian. Ia menyumbang lebih 60% kadar perolehan koperasi kita. Untuk pertama kali kita akan perkenalkan Yuran Pengaksesan Maklumat (Yuran Digital) kepada semua pelanggan koperasi kita. Ia diunjur sebanyak RM7,000.00 setahun. Yuran ini berhubung dengan keabshan semua pengguna portal web sekolah kita, yang mana bayaran ini membolehkan pelanggan memperoleh laluan untuk mendapat sebarang maklumat yang diperlukan.

Koperasi juga akan meneroka bidang pendapatan melalui perkhidmatan maya (digital) menerusi jualan atas talian. Entiti perniagaan kita KOPSAB ONLINE TRADING akan digiatkan lebih aktif untuk memberi pulangan pendapatan kepada guru / ahli koperasi yang bergiat dalam pemasaran ini. Sebagai permulaan koperasi hanya meletakkan sasaran “sumbangan” berjumlah RM2,400.00 daripada entiti ini di samping pulangan sewaan ke atas kemudahan yang disediakan sebanyak RM3,600.00 setahun. Jumlah pendapatan koperasi diunjur sebanyak RM397,150.00 berbanding sebanyak RM365,434.86 pada tahun 2020 (meningkat 8.7%)

 

Kawah Perbelanjaan

Seperti biasa, sumber pendapatan koperasi kita akan banyak dibelanjakan untuk mengampung bayaran gaji, elaun dan simpanan pekerja melalui KWSP, PERKESO dan EIS. Ini sukar dikurangkan / dijimatkan. Apatah lagi keputusan telah dibuat untuk menyemak semua bayaran berkaitan gaji asas dan elauan setiap tugasan. Bagaimanapun, seperti yang telah ditegaskan dalam mesyuarat pengurusan kenaikan ini mestilah seiring dengan produktiviti semua sector kegiatan kita. Dan dibuat dengan andaian bahawa bilangan murid kita sekurang-kurangnya bertahan dan khidmat TASKA kita akan mencapai ‘titik pulangan modal’ pada awal tahun 2021.

Namun, untuk dua suku awal tahun kewangan 2020-2021, koperasi telah membelanja lebih RM100,000.00 untuk pembangunan infra (prasarana) di pusat kegiatan kita iaitu KAFA Taman Harmoni. Ini tidak dimasukkan dalam perangkaan unjuran belanjauan kita. Bantuan di bawah Pakej PRIHATIN  ini bersifat oneoff. Tiga komponen pembangunan fizikal telah dilaksanakan. Iaitu, menurap lantai Dewan Terbuka, tambahan satu ruang stor dan pengwujudan pewujudan bilang Guru Besar. Manakala, peningkatan kemudahan ICT ialah penyediaan perkhidmatan Unifi berkelajuan tinggi, CCTV dan peningkatan upaya portal web sekolah.

Sebagai strategi memantapkan pengurusan kewangan koperasi, pengurusan sekola dipecahkan kepada dua pasukan. Satu pasukan pengurusan kewangan yang dipimpin oleh Guru Penolong Kanan (Kewangan) dan satu lagi pasukan pengurusan kurikulum yang dipimpin oleh Guru Penolong Kanan (Kurikulum). Oleh kerana proses kewangan koperasi sudah bergerak seiring dengan pendigitalan sector perbankan,  proses kawalan memerlukan (approval) yakni kebenaran checker (iaitu sama ada Pengerusi Koperasi atau Bendahari). Pelanggan juga boleh membuar bayaran secara online dan untuk tahun ini koperasi masih mengekalkan bayaran melalui kaunter (guru kelas).

Menerusi beberapa inisiatif baru sumber pendapatan kita, koperasi juga perlu menyediakan sejumlah (Budget RM6.500.00) untuk kemudahan ICT sekolah. Koperasi juga memperuntukan untuk bayaran Juruaudit Luar (umur koperasi lebih 5 tahun) serta menyediakan peruntukan bayaran bagi zakat dan LHDN, Jumlah keseluruhan Perbelanjaan koperasi dijangka sebanyak RM394,428.95, dengan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM2,721.05 sahaja. Unjuran ini amat konservetif bagi menyediakan kesiapsiagaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa ini.

Syukur kepada ALLAH Subhanahu Wataala, dengan keizinanNya saya mewakili Pusat Pendidikan Saiyidatina Aishah Bentong dengan ini mengumumkan bahawa sekolah akan memulakan Pengajian Al-Quran secara maya mulai Jun 2020. Firman Allah swt “1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekelian makhluk); 2. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah; 3. Bacalah! Tuhunmu Yang Maha Pemurah; 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; 5. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-Alaq: 1-5)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Surah Ali-Imran, ayat 190 dan 191, Allah swt berfirman “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.”

Menyedari bahawa wabak pendamik covid 19, yang melanda negara kita dan dunia seluruhnya, adalah suatu ketentuan Allah; yang menguji kesabaran kita, mencabar kebijaksanaan kita untuk mengatasi masalah yang  tidak diketahui bila akan berakhirnya wabak ini, pengurusan sekolah telah membuat keputusan untuk melancarkan pendidikan al-Quran secara maya mulai 1 JUN 2020 bersamaan 9 SYAWAL 1441. Minggu ini dari 1 hingga 7hb Jun merupakan Minggu percubaan di mana interaksi maya tertumpu kepada ibubapa dan penjaga murid. Tujuannya ialah untuk mengumpul pandangan dan respon ibubapa dan penjaga tentang hal ini.

Oleh yang demikian, setelah tuan-tuan mendengar atau membaca petikan ucapan saya ini, sila beri pandangan, kemukakan masalah, atau cadangan untuk kita pertimbangkan. Sila hubungi terus (WHATSAPP) kepada saya HJ MOHD AMIN SHAARANI HP: 011 2373 6902 sama ada melalui tulisan atau suara (voice mail).  InsyaAllah, pada 3 hb Jun 2020 saya memberi respon dan seterusnya saya akan menerangkan cara pengoperasian kelas ini nanti.

Sekian, terima kasih

 

  1. MOHD. AMIN BIN HJ SHAARANI

HP: +6011 2373 6902

Emil: aminshahrani@gmail.com

 

-Amilin Wartawan Pelatih, MYSTEP21-

Leave A Comment Cancel reply

Pautan

  • Sistem Pendaftaran Pelajar
  • Blog

Hubungi KOPSAB

Jika ada pertanyaan sila hubungi kami di :

Facebook

Dikendalikan Oleh

Koperasi Pusat Pendidikan Sayyidatina Aishah Bentong Berhad (C-4-0948)
Copyright © 2023 Pusat Pengajian Al-Quran Saiyidatina Aishah

WhatsApp us